Sabtu, 03 Juli 2010

Bahasa Tempang TV3

Saya berpendapat bahasa yang digunakan oleh buletin utama tv3 agak keterlaluan dalam menyampaikan berita berkaitan pembangkang. Cukup tidak adil dan keterlaluan. Menggunakan gaya bahasa untuk merendah dan menghina seseorang. Seolah-olah tv3 adalah makhluk yang cukup sempurna sifatnya. Seolah-olah apa yang disampaikan oleh tv3 semuanya betul. Pada hakikatnya ada yang baik, burukpun ada, rancangan agama,rancangan maksiat, berbentuk nasihat, tak kurang berbentuk fitnah, tak kira bulan ramadan atau tidak. Apa dah nak jadi.

Sebagai contoh ketika menghuraikan berita pilihanraya kecil Permatang Pauh. Bukan main huraianya seolah-olah BN sudah menang. Kadang-kadang berita yang disampaikan bertujuan untuk memalukan seseorang. Suka membesarkan berita buruk pembangkang, dan menyembunyi yang baik. Tidak ubah seperti sifat yahudi menyembunyikan kebenaran. Tidakkah ini akan menambah lagi kebencian masyarakat. Tidak salah atau keterlaluan jika dikatakan sebab kerajaan BN jatuh teruk disebabkan peranan yang salah di jalankan oleh pihak tv3, terutama Media Prima. Media Prima patut disalahkan.

Tahukah pihak tv3 bahawa kita ada TUHAN yang menentukan hidup nasib seseorang, menentukan mati hidup seseorang, menentukan kalah menang seseorang. Jangan sesekali lupa bumi yang dipijak adalah bumi Tuhan. Tuhan juga yang menentukan siapa yang memerintah, dan siapa yang akan jadi pembangkang. Bukan tv3 sebagai penentu, jauh sekali sebagai Tuhan.

Pihak tv3 perlu sedar, bukan orang yang menyokong BN sahaja yang menonton tv3, yang menyokong pembangkang pun menonton tv3. BN yang memerintahpun bukan selama- lamanya memerintah, ada masanya akan datang pihak lain akan memerintah. Tidakkah terfikir apa akan terjadi pada tv3. Tidakkah media prima itu berniaga, sudah tentu tahu menjaga pelanggangnya. Jangan terlalu syok sendiri sehingga lupa diri yang memerlukan sokongan orang lain. Tidak selama-lamanya sentiasa mendapat sokongan BN. Tuhan yang akan menentukan masa depan media prima, bukan BN atau pembangkang.



Tidak ada komentar: