Senin, 19 Juli 2010

Melayu lebih mulia tanpa Umno

“Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.

Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.

"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.

"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

"Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.

"Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang," katanya.



Minggu, 11 Juli 2010

Dalil Wajib Bermazhab


 Telah Ijma` Ulama (Ahlissunnah wal jamaah) bahawa manusia sekarang ini ( yang kemudian daripada mazahab yang empat ) akan wajib niat taqlid ( mengikut ) mana-mana  daripada mazahab yang empat pada masaalah I`badat, Mua`malat, Munakahat dan Jinayat yang diakui sah .( maliki, hanafi,syafie atau hambali ).

Dalil wajib taqlid ulama` itu ialah Firman Allah Ta`la :-

Maka hendaklah kamu bertanya akan ahli dzikir ( Ulama ) jika kamu tidak mengetahui .

Maka wajib kita niat taqlid akan mana-mana satu daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya . Dan tiada harus lagi tiada sah taqlid akan ulama yang lain daripada yang empat itu kerana kita tiada mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun cara mazahab yang lain itu , kerana mereka tiada mengarang kitab-kitab yang boleh kita berpegang dengan dia.

Tersebut didalam kitab : Tanwir Qulub Ms : 397 :- Maka barang siapa mengerjakan ibadat yang bersalahan Ulama pada sahnya daripada tiada taqlid bagi mazhab yang mengatakan sahnya nescaya wajib diulanginya.(khada`)

Contohnya ;- seperti mengambil wudu` ia basuh sekalian muka serta niatnya dan basuh dua tangan dan sapu sedikit air dikepala dan membasuh muka dan basuh kaki pada hal tidak pernah berniat ikut (taqlid) mazhab Syafie nescaya tidak sah wudu`nya maka tidak sah solatnya juga.

Jika berlaku seperti diatas itu , maka hukumnya samalah macam orang yang tidak menunaikan solat walaupun seratus tahun dia mengerjakan sembahyangnya yang ia buat dalam keadaan tidak berniat taqlid mana-2 mazahab nescaya wajib diulanginya ( kadha ).

Lagi contohnya :-

Seseorang yg taqlid ulama yang empat tetapi tidak diakui oleh mana-mana mazahab yang empat itu (mencampur adukkan ). Seperti :- bernikah dengan tiada wali ia taqlid mazahab hanafi, serta tiada saksi ia taqlid mazhab maliki, maka tidak sah nikahnya ini.

Tidak sah bertaqlid dengan mazhab yang lain daripada yang empat itu , seperti kaum mude yang berkata ;-

bernikah dengan tiada wali dan saksi ia taqlid mazhab Daud Al-Zhohiri. Maka Hukumnya haram lagi tidak sah nikahnya.

Maka mereka yang bertaqlid seperti kaum mude itu sesat lagi menyesatkan kerana menyalahi barang yang sudah ijma` Ulama serta dijanjikan masuk neraka.


Dalil masuk neraka orang yang menyalahi ijma` ulama itu ialah :-

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :-

Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menjadikan ijma` (ulama ) ummat ku atas kesesatan. Dan bermula pertolongan Allah Taala beserta ijma`(ulama) ummatku .
Dan barang siapa yang keluar ia daripada ijma` (ulama ) nescaya menuju ke Neraka.

(H.Riwayat : Imam Turmizi daripada Ibnu Abbas )

Tersebut didalam Kitab Tanwir Qulub Ms : 40 :-

Erti melayunya :-

Dan tiada harus bertaqlid akan yang lain daripada mazhab yang empat setelah terikat Ijma` Ulama diatas mereka itu, kerana bahawasanya segala mazahab yang lain daripada mereka itu tiada karang akan kitab-kitab dan tiada didhobit (dicatat) koedah mereka .

Contohnya :-

Seperti kaum mude dan puak wahabi yang berkata :- Aku bera`mal ikut Al-Quran dan hadis dan mengaku faham isi kandungan (segala hukum) di dalamnya serta tidak mahu bertaqlid ( bermazhab). Maka tiada sah lagi sangat sesat dan menyesatkan orang lain pula.


Harus orang yang bermazhab itu bertaqlid dengan mana-mana daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya .

Seperti :-

Orang yang bermazahab syafie harus ia taqlid mazhab hanafi atau maliki atau hambali pada satu masaalah atau beberapa masaalah , tetapi ada syarat-syaratnya :-

Syarat sah harus taqlid itu 6 perkara :-

  1. Mengetahui ia akan masaalah yang ia hendak taqlid itu adalah yang mu`tabar disisi mazahab yang hendak ditaqlidnya itu.dan mengetahui rukun-rukun dan yg menbatholkan didalam masaalah yg ia hendak taqlid dlm mazahab itu.

  1. Hendaklah taqlid dahulu sebelum jatuh perbuatannya . Maka jangan setelah jatuh perbuatan baru nak niat taqlid mazhab yang lain seperti masaalah : Dia sentuh isterinya maka bathal wudu`nya dlm mazhab syafie tiba-tiba ia hendak taqlid mazahab hanafi supaya tidak bathal wudu`nya . (maka tidak sah)

  1. Tidak memilih yang mana-mana memudahkan baginya seperti :- ia ambil wudu` sapu sedikit daripada kepala ikut mazhab syafie dan sembahyang tidak membaca Bismillah pada imam atau seorang diri, dan ma`mum tidak payah baca fatihah ikut mazhab hanafi . (maka tidak sah)

  1. Imam yang diikutinya mesti sah mujtahidnya . Seperti syafie , hanafi, hambali dan maliki. Maka tidak sah taqlid kepada imam yang tidak sah mujtahidnya seperti :- Ibnu Taimiyyah, Ibnu Kholdun dan Muhammad bin Abd Wahab (wahabi).

  1. Jangan  jadi talfiq pada qodiah (bab) yang satu seperti :- Mengambil wudu` menyapu sedikit daripada kepala mengikut syafie dan dalam hal menyentuh perempuan yang ajnabi tidak bathol wudu` ikut hanafi sedangkan mazahab syafie bathol ia .. maka tidak sah wudu`nya.

  1. Tiada barang yang menjadi bathol hukum qadhi seperti :- Tholak tiga sekali berlafaz tuan qadhi kata boleh ruju` nescaya bathol hukum qadhi kerana menyalahi ijma` sahabat dan tabiin dan ulama yg mujtahidin.


   Dan setengah daripada Hukum qadhi yang jadi bathol ialah seperti dalam masaalah Nikah Muta`ah , nikah dengan tiada wali dan saksi , Tholak tiga (tholak bain) tiada syarat wathi` (setubuh) oleh mahallil  dan lain-2 .


Ruj : Kitab Sullam Al-Sibyan li Syiekh Hj Chik Ibnu Ahmad Al-Qodhi



TIADA KRISIS DALAM PAS


Sepanjang pengamatan saya, tiada apa yang dinama krisis dalam Pas. Hanya perbezaan pendapat yang diatasi melalui tawakkal dalam mesyuarat . Tawakkal dalam mesyuarat ialah berserah kepada AlLah setelah azam kata putus diambil, “....bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, maka setelah azam kata putus di ambil , maka bertawakkalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal” ( surah Ali Imran :159) .  Jauh sekali jika nak disamakan dengan keretakan dalaman Umno, Mca dan Mic. Kata mereka “ tunggu retak terbelah ”. Ini semata-mata rekaan dan permainan media massa pro Umno yang jelas membantu barisan nasional bagi mengalih pandangan masyarakat daripada isu utama seperti isu kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan dibunuh sebelum dicampak ke bawah, masalah pepecahan dalaman Mca dan Mic yang belum ada penghujung, dan tidak terkecuali isu pembentangan bajet 2010 dan masalah pepecahan umno yang tiada berkesudahan. Lalu dicipta satu gambaran kononnya Pas juga tidak terkecuali. Cuba perhatikan, setiap kali barisan nasiaonal berhadapan masalah, setiap kali itulah media massa mencari lubang yang boleh mengharuskan mereka mengucar kacirkan Pas.
Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh Dr Aziz Bari, seolah-olah ada perpecahan serius dalam Pas. Saya menghormati beliau sebagai seorang guru perundangan,tetapi rasa saya ada yang tak kena dengan tulisan beliau hari itu. Oleh kerana ia merupakan hanya pendapat yang datang dari seorang manusia seperti orang lain, bukan nabi atau rasul, maka harus berlaku kesilapan sekalipun beliau mempertahankannya . Tidak salah jika beliau berfikir kembali keharusan tulisan beliau itu yang patut ditarik balik. Masakan nabi juga tersilap, inikan manusia biasa. Tidak bermakna juga beliau tidak tegas. Mengaku salah pada tempatnya melambangkan sifat mulia dan rendah diri yang tinggi. “Wahai orang-orang yang berimam, taatilah kamu akan Allah dan taailah kamu akan Rasul, dan pemimpin yang mentaati Allah dari kalangan kamu [taat kepada pemimpin bukan perkara mutlak] , maka kiranya ada perselisihan pada sesuatu perkara, kembalilah kepada hukum Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah sebaik-baik dan paling baik jalan penyelesaian ”  (surah anNisa’:59) 
Tidak adil rasanya jika pendapat yang diutarakan itu hanya berladaskan kepada kekalahan Pas di Bagan Pinang. Bagaimana dengan kemenangan sebelum ini?. Kata orang “nasib baik Pas kalah, jika menang, siapa yang akan bekerja dengan Pas nanti”. Secara realitinya  Pas patut kalah di Bagan Pinang. Bukan itu saja, faktor calon, Isa Samad anak tempatan dan lebih popular nak dibandingkan dengan calon Pas Zulkefly Mohammad Omar yang bukan anak tempatan lagi tidak popular. Undi pos juga menjadi faktor dan banyak lagi yang akan diketahui nanti setelah postmortem selesai. Saya sangat bersetuju dengan tulisan ustaz Idris Ahmad  mempertahan Pas susulan tulisan Dr Aziz Bari dan tidak bermakna saya membencinya.
Bukan juga sebab Hassan Ali yang tegas mempertahan Islam dalam pengharaman sebilangan kecil arak di Selangor kerana Pas juga mempertahankan kuil hindu di Shah Alam. Ini bermakna yang hak itu hak, yang batil itu batil dan tiada syubhat yang dipertahankan.   
Di sini ingin saya tegaskan bahawa sebenarnya tiada pepecahan yang berlaku dalam Pas. Hanya perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat akan terus berlaku dalam Pas kerana tiada seorangpun nabi daripada kalangan pemimpin mereka dan jauh yang mengaku jadi tuhan. Perlu diingatkan bahawa hanya Allah dan nabi sahaja yang tidak boleh dipertikaikan. Tiada pro umno dan tiada juga pro pakatan. Jauh sekali nak dikaitkan Tuan Guru Hj Hadi dengan pro-Umno dan Tuan Guru Nik Aziz pro-pakatan.   
Memang tiada. Yang ada rasa setuju dan tidak setuju. Bukan hingga sampai tahap yang melingkupkan Pas. Dengan izin Allah, sehingga ke hari ini, Pas satu-satunya parti orang Islam yang bertahan isi padu perpaduan. Bukan orang Islam sahaja, bahkan orang bukan Islam turut memberi sokongan kepada Pas. Prinsip Pas cukup jelas, pemimpin boleh keluar dan pergi, Pas tetap dengan Islamnya. Pas bukan milik Tuan Guru Hj Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi. Mereka berdua hanyalah hamba Allah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab yang ada.   Jangan sekali-kali ahli Pas terpedaya dengan dakyah-dakyah sumbang yang hanya akan merugikan Islam dan parti. Elakkan daripada menulis sesuatu sama ada dalam blog atau akhbar yang boleh menghiru biru keadaan dan semakin tidak kehaluan. Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Jangan sekali-kali jadikan blog sebagai tempat luahan ketidakpuas hati dalam parti. Jika ada, berbicaralah di sekitar kalangan mereka yang patut tahu sahaja. “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasik menyebarkan sesuatu berita, dapatkan kepastian terlebih dahulu, nanti musibah akan menimpa ke atas kaum yang tidak tahu, maka jadikanlah diri mu menyesal di atas perbuatan yang  kamu lakukan” (surah al-Hujurat :6) .   “ Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.....” (surah al-Hujurat : 12). Jika ada musuh dalam selimut sekalipun, ia tidak akan dapat memecah belahkan kekuatan Pas jika ahli Pas terus bersatu di bawah payung para ulama dan orang-orang yang soleh.

Senin, 05 Juli 2010

Menang, Pemimpin dan Pengikut Bertanggungjawab

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada.

Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,



A. Muraqabah dengan Allah SWT



Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Caranya:



-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.



-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA

Bermaksud

“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”



B. Qudwah hasanah



Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.



Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.



Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.



Firman Allah SWT

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)



Caranya:

-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang



-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka



-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.



-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat

-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.



-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah



-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.

DIPETIK DARI :ww w..idrisahmad. wordpress. com



Tauliah Dan Kelayakkan Agama, Dua Perkara Yang Sama


Tak putus-putus, bertali arus. Seperti dirancang, tapi tak perlulah kita buat andaian dan pesepsi rambang yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya.   Kata Dr Abu Hassan, mereka yang tolak persepsi adalah primitif. Saya kurang setuju. Surah alhujurat ayat 6 ada menegaskan, setiap berita mesti dipastikan kebenaran sebelum mempercayai atau menolak.
Sebenarnya isu berkenaan tauliah di Selangor ni dah lama. Saya sendiripun tak pernah ada tauliah. Hanya diambil maklumat dan latarbelakang pendidikan.  Kemudiannya tak pernah dipanggil temuduga atau diambil apa-apa tindakan. Dah 11 tahun mengajar di masjid dan surau di Selangor. Setakat yang saya tahu ia dibekukan, tapi  ada juga yang dapat. Tak tahu yang mana satu betul.
Semenjak Pakatan mengambil alih tampok Kerajaan Selangor, di bawah Dato HJ Hassan Ali, tauliah mula dibuka balik. Namun saya masih belum memohon tauliah sekalipun diminta berbuat demikain. Tidak bermakna saya tak suka, borangnya dah  ambil beberapakali, tapi masalahnya tak juga hantar.  
Saya percaya, usaha bersungguh-sungguh kerajaan negeri memastikan setiap penceramah supaya ada tauliah, bertujuan bagi memudahkan ‘ustaz-ustaz’ berceramah di masjid atau surau tanpa ada sekatan atau halangan di masa-masa akan datang.   Namun perlu diingatkan bahawa mungkin senjata ini akan termakan diri sendiri kerana tidak mustahil jika Umno mengambil alih semula kerajaan Selangor, tindakan sebaliknya akan diambil. Ditarik balik tauliah dan diharamkan terus. Siapa yang tak tahu tindakan Umno bersifat revenge and no humanitarian.
Di zaman Umno dulu, sekalipun mereka ambil kisah, tapi tak semua diambil tindakan. Mereka takut-takut juga nak ambil tindakan. Malah ‘ustaz-ustaz ’ terus bebas. Hanya segelintir saja yang ‘kena’. Itu kerana ada ‘ustaz’ yang hentam Jais.
Bagi saya, tauliah dan kelayakkan adalah dua perkara yang sama. Mana-mana ustaz yang sudah mempunyai kelayakkan seperti mengajar di universiti, dikolej, sekalipun disekolah, mereka sebenarnya dah ada tauliah. Kelayakkan yang mereka ada itu sudah dikira tauliah. Universiti, kolej dan sekolah telah mengiktiraf dan memberi tauliah kepada mereka. Mereka sudah ditemuduga oleh mereka dari kalangan ahli profesional.  Memadai diambil latarbelakang sebagai rekod di jabatan. Sekurang-kurangnya ada maklumat pengajar bagi memudahkan tindakan susulan jika ada aduan dan sebagainya. Tauliah sudah menjadi senjata politik.   Malah tauliah bukannya menjadi isu pokok. Isunya ialah kelayakkan yang ada pada seseorang guru agama. Di zaman Umno, ia diberi sewenang-wenangnya. Bukan diambil kira sangat layak atau tidak layak. Ada yang tak layakpun, diberi tauliah. Malah sesetengah temuduga ditanya Umno dan tidak Umno.
Sepatutnya tauliah hanya diwajibkan kepada mereka yang tiada kelayakkan khusus seperti mereka yang  belajar di pondok-pondok termasuklah di Selatan Thai, Indonesia, dan Malaysia. Begitu juga ada mereka yang belajar di Makkah, Mesir,India,Pakistan dan tempat-tempat lain yang tiada sijil. Hanya belajar secara persendirian. Termasuk juga nak jadi penceramah bebas.  Mereka banyak ilmu, tapi sijil aje yang tak ada. Maka bagaimana harus mereka mengajar sedangkan tiada bukti yang menyatakan tahap keilmuan mereka melainkan perlu mereka itu ditemuduga dan diberi tauliyah. Bagi mereka yang dah ada sijil terutama dari universiti –universiti terkemuka dan sudah ada tempat mengajar dan kerja yang diiktiraf, tak perlulah ditauliah lagi.
Pernah satu ketika, tahun 2000, saya disoal siasat polis, masa bertugas sebagai pegawai di salah sebuah masjid di USJ. Antara soalan yang ditanya ketika itu ialah siapa yang benarkan Hassan Ali memberi ceramah di masjid sedangkan tak ada tauliah. Sebenarnya masa tu, Hassan Ali baru masuk politik. Saya jawab dalam bertahan, perlukah ada tauliah Hassan Ali dan rakan-rakan yang lain yang mengajar di universiti bertaraf profesional dan di mana-mana permis yang diiktiraf kerajaan , malah beliau hanya memberi ceramah motivasi dan bukan agama?.  Jawap ketua mereka, itu bukan menjadi persoalan, persoalannya ialah itu adalah undang-undang Jais dan ia berlaku di masjid. Jika zaman 'kerajaan Selangor dulu ' mempergunakan tauliah sebagai senjata untuk menyekat  menyampaikan  ilmu agama, maka mengapa di zaman 'kerajaan Selangor sekarang' dengan alasan yang sama untuk menghalang seseorang menyampaikan agama. Jika ada sesuatu yang tak kena, tiada lagikah cara yang lebih sesuai?.
Seperti kes Dr Asri, kebanyakakan masyarakat kenal beliau. Saya bukan peminatnya, tetapi ada juga jarang-jarang mengikuti kuliah yang di sampaikan oleh beliau terutama di Oasis, termasuk juga tulisannya di akhbar-akhbar. Sepanjang pengamatan saya, saya dapati pendapatnya disusuli dengan dalil dan nas sekalipun agak tegas dan baru. Kadang-kadang rasa juga tidak bersetuju dengan pendapatnya. Kadang-kadang agak tidak sesuai dengan realiti masyarakat Malaysia. Namun tidak bermakna beliau salah. Pernah satu ketika saya bertanya dengan salah seorang pengajar di Akademi Islam UM, tentang amalan masyarakat Islam Malaysia. Katanya susah nak diperbetulkan, dah jadi darah daging mereka. Fahamlah saya, kita perlu berhikmah.
Saya tidak bermaksud mempertahankan Dr Asri kerana saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan beliau tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menolak pendapat yang disusuli dengan dalil dan nas. Ramai juga rakan-rakan Jordan yang mengenali beliau mempertahankan beliau. Sekurang-kurang kita tidak menangkap orang agama tanpa usul periksa atau bertanya secara sopan dan beradab. Siapa yang akan berhujjah dengan beliau nanti di mahkamah jika alasannya sekadar tiada tauliah, melainkan beliau ajak masyarakat buat haji di rumah beliau dan mengajar akidah yang salah.
Kita seringkali memperkatakan tentang ahli sunnah wal jamaah. Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah?. Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah?. Sebenarnya mana-mana golongan yang beramal dengan al-Quran dan hadis nabi s.a.w dan ijtima ulama termasuk kias, adalah dari kalangan ahli sunnha wal jamaah kerana nabi s.a.w tidak pernah menamakan mana-mana golongan pun . Sama ada dari golongan Asyairah, Wahabi maupun Syiah. Kita tahu Imam Syafie adalah mazhab dalam amalan feqah, tetapi adakah kita tahu ikutan kita dalam mazhab akidah. Kita adalah pengikut Abu Musa Asyaari atau dikenali dengan Asyairah. Ada sedikit perbezaan antara kita Asyairah, Wahabi dan ada juga dari kalangan mazhab Syiah, yang hampir sama dengan kita Asyairah.  Yang menjadi perbalahan masyarakat hari ini ialah tentang amalan cabangan feqah. Bila mereka dapati perbezaan itu, lalu mereka terus membuat kesimpulan sesat.  Sedangkan perbezaan amalan cabangan feqah, ia tidak menjadi satu kesalahan, yang boleh sesat jika perbezaan akidah.  Namun bagi mereka yang merasakan cara mereka agak berbeza, jangan terlalu ghairah kerana banyak masyarakat yang belum faham. Gunakan kaedah yang lebih mendidik dan tidak terlalu terdedah kepada masyaraakat umum.  
Persoalannya sekarang ialah adakah di semua permis termasuk di rumah sekalipun perlu ada tauliah. Jika begitu maksudnya, bermakna sesiapa sahaja yang ingin mengajar di Selangor sekalipun di universiti, kolej dan sekolah yang dikira dalam Selangor terlebih dahulu perlu ditemuduga Jais dan selepas mendapat tauliah barulah mereka boleh memulakan tugas sebagai tenaga pengajar.       
Maka Jais dan pihak yang bertanggungjawab perlu menyemak semula maksud dan pengertian ‘tauliah’ supaya ia tidak menjadi salah faham dan disalah ertikan. Sejauh manakah keperluan tauliah?. Siapakah yang perlu mendapat tauliah?. Semua itu perlu diselesaikan seberapa segera agar senjata tidak memakan diri. Bukan Pas sahaja perlu kepada seminar membincang hala tujunya, Jais perlu juga kepada seminar bagi membincangkan hala tuju mereka.

Sabtu, 03 Juli 2010

Kelebihan Majlis Zikir


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.  (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Khutbah Rasulullah Tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam

Kisah Malaikat Kecil


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati”.
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ  lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi   “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.   
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“… …pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bahasa Tempang TV3

Saya berpendapat bahasa yang digunakan oleh buletin utama tv3 agak keterlaluan dalam menyampaikan berita berkaitan pembangkang. Cukup tidak adil dan keterlaluan. Menggunakan gaya bahasa untuk merendah dan menghina seseorang. Seolah-olah tv3 adalah makhluk yang cukup sempurna sifatnya. Seolah-olah apa yang disampaikan oleh tv3 semuanya betul. Pada hakikatnya ada yang baik, burukpun ada, rancangan agama,rancangan maksiat, berbentuk nasihat, tak kurang berbentuk fitnah, tak kira bulan ramadan atau tidak. Apa dah nak jadi.

Sebagai contoh ketika menghuraikan berita pilihanraya kecil Permatang Pauh. Bukan main huraianya seolah-olah BN sudah menang. Kadang-kadang berita yang disampaikan bertujuan untuk memalukan seseorang. Suka membesarkan berita buruk pembangkang, dan menyembunyi yang baik. Tidak ubah seperti sifat yahudi menyembunyikan kebenaran. Tidakkah ini akan menambah lagi kebencian masyarakat. Tidak salah atau keterlaluan jika dikatakan sebab kerajaan BN jatuh teruk disebabkan peranan yang salah di jalankan oleh pihak tv3, terutama Media Prima. Media Prima patut disalahkan.

Tahukah pihak tv3 bahawa kita ada TUHAN yang menentukan hidup nasib seseorang, menentukan mati hidup seseorang, menentukan kalah menang seseorang. Jangan sesekali lupa bumi yang dipijak adalah bumi Tuhan. Tuhan juga yang menentukan siapa yang memerintah, dan siapa yang akan jadi pembangkang. Bukan tv3 sebagai penentu, jauh sekali sebagai Tuhan.

Pihak tv3 perlu sedar, bukan orang yang menyokong BN sahaja yang menonton tv3, yang menyokong pembangkang pun menonton tv3. BN yang memerintahpun bukan selama- lamanya memerintah, ada masanya akan datang pihak lain akan memerintah. Tidakkah terfikir apa akan terjadi pada tv3. Tidakkah media prima itu berniaga, sudah tentu tahu menjaga pelanggangnya. Jangan terlalu syok sendiri sehingga lupa diri yang memerlukan sokongan orang lain. Tidak selama-lamanya sentiasa mendapat sokongan BN. Tuhan yang akan menentukan masa depan media prima, bukan BN atau pembangkang.




Kenyataan KPN Ada Benarnya

Saya tidak menyokong mana-mana kenyataan tetapi saya agak sependapat dengan KPN supaya ibubapa yang didapati cuai membiarkan anak-anak mereka 'bersendirian' didakwa kerana kes-kes seumpama ini bukan kali pertama berlaku . Kenyataan seperti ini juga pernah dibuat sebelum ini tetapi masih belum memberi apa-apa kesan. Kita bukan sahaja bimbang anak diculik dan dirogol , mungkin anak akan dilanggar kereta , lemas dalam parit air dan sebagainya.
Walaupun agak tidak beradab jika dari sudut dakwah dan politik tetapi dari segi hukum kemanusiaan dan ilmu balaghah patut dibuat kenyataan seberapa segera supaya dalam keadaan masyarakat sedang membuka mata supaya lebih buka mata. Mungkin itu sekadar amaran dan masih ada pertimbangan .
Jangan lagi biarkan anak-anak di mana sahaja hatta di kawasan halaman rumah sendiri . Jangan biarkan anak-anak bersendirian . Lihatlah di kampung-kampung , mentaliti ibubapa terlalu rendah .Ini juga boleh disifatkan sebagai kezaliman ibubapa yang tidak bertanggungjawab. Masih ramai lagi manusia-manusia yang bergelar ibubapa di luar sana membiarkan anak-anak mereka 'bersendirian' . Sampai ke tahap mana untuk menyedarkan ibubapa . 
Masih belum cukup lagikah dengan kes-kes yang seumpama telah berlaku sebelum ini . Itu tidak termasuk yang hilang dan tidak tahu entah di mana. Sekalipun penjenayah yang kita geram dan caci itu akan ditangkap tetapi akan lahir ramai lagi penjenayah yang seumpamanya . Apa yang boleh kita buat dan harap dalam sebuah negara sekuler seperti Malaysia jika kita sendiri sebagai ibubapa tidak bertindak . Paling baik dalam pilihanraya sebagai rakyat . Mungkin ucapan KPN itu sekadar amaran dan masih ada pertimbangan ..
Walaupun kita cuba nasihat dan salahkan pihak kerajaan beberapa kali tapi apa hasilnya . Selagi lidah kita namanya PAS , jangan nak harap perubahan , bayang-bayang pun tidak ada . Selagi hukum AlLah tidak tertegak selagi itulah jenayah terus berleluasa . Jadi jangan kita terpengaruh dengan media massa kerajaan yang hanya mengambil sebahagian kenyataan lalu kita membuat ulasan sedangkan kita juga diperlaku dengan cara yang sama.