Rabu, 26 Oktober 2011

Laporan audit sahkan kerajaan BN perlu diganti


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Ketirisan yang didedah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk. "Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk laporan yang dibentang lewat 17 hari itu. Menurutnya yang juga ketua penerangan PAS Perak, rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang  dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bahawa jumlah miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak semakin bertambah.

Katanya, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali. "Umno BN sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap belanja “berhemah” ini pastinya telah menutup isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain," katanya lagi.

Selama Umno BN mentadbir Pusat ujarnya, situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh 'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Dalam laporan audit tersebut, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilaporkan membelanjakan wang untuk
mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Ianya termasuk Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100, Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90, Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79, Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60.

Sementara itu juga laporan audit tersebut turut mencatatkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)  membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.
Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.
Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Sehubungan itu kata Khalil Idham, segala ketirisan seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara tersebut hanya boleh dibendung dengan menukar kerajaan.
"Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih telus dari segi pengurusan wang negara," katanya.

Sabtu, 18 Juni 2011

KABINET BAYANGAN

Berbincang & bermersyuarat adalah perkara yg d galakkan dalam islam maksdu firman " bermesyuarahlah d kalangan kamu, setelah keputusan di putuskan bertawakkallah kpd Allah (mudah2an d berkati Allah)". apatah lg perkara yg d bincangkan itu ada kaitan secara langsung untuk memelihara  jamaah islam daripada di kuasai oleh mrk yg tidak sepatutnya, malah menjadi wajib , maksud firman "dan jadilah satu ummah d kalangan kamu yg menyuruh  kebaikan & mencegah kemungkaran".. namun perlu d ingatkan bahawa kebebasan tersebut bukan bermakna memberi hak kpd seseorg utk memburukkan seseorg   yg lain melainkan sudah jelas keburukkan, maka wajid diceritakan tetapi bukan kpd semua org, bukan melalui mailing list. kpd org tertentu shj bila perlu.. antara memburuk org lain  dengan mencerita keburukakn org lain dua  perkara yg berbeza. memburuk org lain bererti kita mencemoh, memfitnah, &mengada-ngadakan cerita cerita yg bkn sebenar, manakala menceritakan keburukkan org lain bererti menceritakan perkara sebenar berkaitan keburukkan yg pernah dilakukan dan sedang dilakukan bg mengelakkan kejadian buruk berlaku, bahkan wajib d ceritakan. maka boleh dikatakan membina "kabinet bayangan" ini adalah suatu cdngan yg d kemukan kpd sahabat andai yg terdekat shj dengan tidak ada unsur2 paksaan krn sekadar cadangan & selepas itu setelah keputusan di ambil perwkilan maka terimalah seadanya dengan hati yg terbuka.

SIAPA JUA DIPILIH: PENTING HORMAT MENGHORMATI

Siapa jua yg d pilih dalam pemilihan cawangan, kawasan dan pusat, kerjasama dan hormat menghormati antara kalangan pimpinan perlu wujud agar segenap kerja islam dpt d realisasikan dgn lancar & berkesan. Siapalah kita utk menentang perintah Allah sedangkan Allah perintahkan agar mentaati pemimpin selagi tidak membelakangi prinsip agama,kerana itu juga setiap apa yang kita perjuangkan selama ini adalah krn Allah jauh sekali  kerana manusia. Kiranya itu prinsip kita maka tidak timbul siapa yg di pilih,agenda perjuangan islam mesti di teruskan.  “Taatilah Allah, taatilah rasul, dan juga pemimpin di kalangan kamu, maka sesungguhnya jika ada perselisihan tentang sesuatu perkara, kembalikanlah ia  kepada Allah & rasul, itupun kiranya kamu adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat(jika tidak beriman, buatlah cara sendiri), itulah sebaik2 dan seelok2 jalan penyelesaian” [anNisa’: 59] 

Begitulah kita,bila tertanya2 layakkah kita dicalonkan, siapalah yg tahu jika diri kita jg tidak tahu melainkan Allah yg tahu, maka kpd Allahlah tempat kita mengadu : "Ya Allah kiranya aku tidak layak memikul amanah agamamu maka singkirlah aku & kiranya bagimu aku layak disisimu maka terimalah aku dengan pertolongan mu ", disamping bermunajat memohon ampun di atas kesediaan memikul amanah sedangkn bukit bukau tidak sanggup menerimanya. Sekalipun ada di kalangan manusia yang melakukan durjana & kemusnahan di muka bumi,tetapi dek kerana kerangkusan kuasa maka terimalah apa jua bebanan amanah asalkan habuan yang dicita tercapai. "sesungguhnya ketika mana kami bentangkan amanah ke atas langit, bumi & bukit bukau, mrk enggang menanggungnya krn  tidak mampu , bhkan manusia sanggup menerimanya sekalipun  manusia itu zalim lagi  jahil" [al-Ahzab:72]                

Kuatkanlah hati, pusatkan arah tujuan, fokuskan kerja, insyaallah segalanya selamat. Jagalah adab2 ketika bermesyuarat, jadikan ia sebagai medan bermuhasabah yang patut berkenaan parti bukan asyik  tertumpu hal-hal yang tiada kaitan dengan parti, lihatlah parti kita sendiri, perbaiki parti bukan mencemoh, jangan lupa perlembagaan yang masih sesuai dikekalkan tidak sesuai cadangkanlah yang lain,  buangkan prasangka dan sangka buruk sesama ahli jamaah moga diberkati Allah.

Sabtu, 28 Agustus 2010




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah: 

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. 

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. 

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. 

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


Senin, 23 Agustus 2010

Wan Nik Wan Yussof   

Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Topik tulisan kali ini adalah seperti tertera. Asal topik ini adalah cetusan bila membaca apa yang dicetak oleh Utusan Malaysia melalui versi Mingguan Malaysia ( 15 Ogos 2010) yang bertajuk “Jangan terlalu berani mencabar” hasil tulisan seorang pensyarah universiti di bawah kementerian dipimpin Datuk Ahmad Zahid. Kononnya pensyarah itu berkelulusan doktorat  dari UPM, tetapi pernyataan di dalam tulisannya didapati sudah menyindir PAS secara lorat. Apa yang dicetak Utusan Malaysia itu sudah dibaca seperti berikut:
“Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.”
Persoalannya, apakah kaitannya pensyarah Cina Muslim itu yang begitu syok memuji Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan negara itu, tiba-tiba menyindir PAS dengan tuduhan bersifat lorat, tidak articulate, mual, meloya dan berupa buah cakap peminum kopi pahit di kedai canggung? Kalaulah suka sangat memuji penggubal perlembagaan yang majoritinya ‘orang luar’ dilantik oleh penjajah Inggeris, janganlah pula meremeh dan mengaitkan secara aib parti PAS. Sedangkan PAS dari sudut sejarahnya turut menyumbang idea kepada penggubalan perlembagaan sehingga Islam diterjemah sebaiknya di dalam perlembagaan negara sekarang.
Sumbangan PAS kepada Suruhanjaya Reid
Realitinya, mungkin ramai tidak pernah membaca Memorandum PAS Kepada Suruhanjaya Reid bertarikh 14 Julai 1956 dan Ulasan PAS Terhadap PeƱyata Perlembagaan Reid bertarikh 2 Mei 1957. Kandungan daripada kedua-dua sumber itu dengan jelas menyentuh dan mengandungi lima syor yang antara lainnya agar dimasukkan asas kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi panduan hidup bernegara.  Justeru arkib sejarah ini adalah saksi mutlak peranan PAS sebagai pendesak pada masa itu sudah mengatasi Umno yang kononnya berjuang untuk merdeka, tetapi lena dengan ulikan penjajah dalam memperkasakan Melayu dan agama Islam.
Mungkin latar sejarah sebelum merdeka tiada dalam pengetahuan pensyarah tersebut yang memang dilahirkan oleh ibunya selepas negara merdeka.  Tambah memilukan lagi, pensyarah yang sudah mendapat ruang kolum di dalam akhbar suara Umno itu sebenarnya tidakpun pernah diiktiraf sebagai ‘orang Umno’ tetapi ayat-ayat membodek Umno sudah terang mengalahkan menteri Umno. Namun sayang sekali ia tidak pernahpun memahami konteks luhur akidah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dicetak oleh Omar Khalid yang sudah jadi orang kuat Umno lalu dibubuh tajuk  “Amanat Haji Hadi”. Ini kerana loratnya pensyarah itu menulis mengaitkan PAS dengan kata kunci ‘perlembagaan-Reid-kafir’ itu semacam bersumberkan amanat tersebut. Namun ternyata beliau tersalah faham konteks luhur akidah kandungan yang dikatakan ‘amanat’ itu.
Bagi berlaku adil saya perturunkan apa yang dicetak oleh Omar yang pernah mendapat untung hasil jualan kaset ceramah pemimpin PAS. Cetakan itu dibaca seperti berikut:
“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
“Percayalah saudara-saudara sekelian,
“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”
Persoalan di sebalik ‘amanat’ tersebut, adakah dengannya layaklah PAS dituduh kerjanya suka mengkafir? Di manakah pula konteksnya, PAS menuduhPerlembagaan Reid ini perlembagaan kafir?  Mungkin persoalan yang terbuku bagi pensyarah itu ialah pada hujah menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku agama suku’. Jika inilah butiran yang disandarkan lalu mengatakan kerjanya suka mengkafir, nyata sekali ia adalah tindakan yang lorat dan mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Tuan Guru Haji Hadi dalam soal ini pada 1984, dan kesediaan untuk berjumpa lagi telah diulangi balik tahun 2001. Apa yang nyata, majlis itu hanya berpandangan ‘amanat’ yang dicetak secara petikan tanpa bukti sumber asal itu sebagai bertentangan dengan Islam. Namun tiada fatwa mengenainya.
Salah faham
Atas asas itu, semasa berbahas di parlimen tahun 2001, Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memperbetulkan salah faham terhadap ‘amanat’ yang dicetak itu. Namun, tiada penegasan rasmi pihak majlis tersebut. Apakah dengan kekaburan akademik sedemikian cukup adil (fair and fairness) untuk menghukum bahawa kerjanya (dirujuk kepada PAS) suka mengkafir?
Natijahnya akidah seorang Muslim apabila menegas dan mengamalkan serta menyakini bahawa di dalam Islam tidak ada sistem politik, atau menganggap urusan politik suku urusan agama suku, atau juga mengadakan peraturan yang melarang bercakap agama semasa berpolitik dan melarang bercakap politik semasa bercakap agama, lalu menyimpulkan bahawa politik suku agama suku; apakah akidah Muslim sedemikian luhur dengan akidah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad? Sedangkan sunah baginda ketika berkuasa di Madinah adalah “pemerintahan negara itu hendaklah ditadbir dengan agama dan agama yang menjadi panduan bernegara.” Demikian pula, di manakah untuk menyesuaikan fekah bernegara (siasah syar’iyyah) “iqamatiddin wa siasatudunyabih” yang mengarahkan pemerintah menjalankan urusan memakmurkan agama dan menjadikan agama sebagai panduan mentadbir? Apa yang jelas, kesan daripada hujah pemimpin PAS bahawa tidak boleh memisah-misahkan politik dengan agama (tidak berlaku sama sekali atas nama Islam, politik suku agama suku), maka pemimpin negara dan  sebahagian besar penyokong Umno sudah menerimanya sebagai benar belaka! Justeru, apa yang diungkap mengenai politik suku agama suku, bukannya frasa yang sah untuk mengaitkan parti PAS sebagai kerjanya suka mengkafirkan orang.
Akhirnya, sayugia kebenaran itu tetap benar, maka mengenali perjuangan benar hanya atas petunjuk agama. Tiada kebenaran atas semata-mata kekuatan akal fikiran, melainkan rahmah dan karomah dari Allah jua mengatasi segala akal fikiran. Kembalinya kepada panduan al-Quran, bertunaslah akidah yang luhur bagi menilai mana yang benar dan mana yang palsu.




Sabtu, 21 Agustus 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam
Oleh: NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

" Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru   apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai danpesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
           
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah  pengenalan kepada sistembarter trade. Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
           
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi

Realitinya matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini  taraf pemikian seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud : ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”
Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos 2010M

Rabu, 18 Agustus 2010

Surat Terbuka Untuk Saudara Dr Ridhuan Tee
Mengapa di kaitkan suka mengkafir itu orang Pas?

Pertama kalinya saya membaca tulisan tuan dr Ridhuan Tee, saya akui tuan dr mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, begitu juga pembaca halaman tuan memuji-muji tuan dr, namun tidak semestinya tuan dr seorang yang alim. Kadang-kadang perlu kita sedar bahawa tidak semua perkara yang kita boleh sentuh dengan hanya memiliki satu taraf tertinggi dalam pendidikan, maka  lihatlah apa bidang yang diceburi.
Buktikan, siapakah pemimpin di kalangan ahli Pas yang suka mengkafirkan orang? Jika dulu, setakat ada pengikut Pas yang jahil melaungkan perkataan kafir, bukan menjadi satu trademark atau ukuran ke atas orang Pas kerana tidak semua orang Pas alim dan berilmu.  Jangan kerana setitk nila, habis susu sebelanga.  Itupun di zaman bila? Siapakah mereka?. Adakah apabila tok-tok guru menyuarakan sifat-sifat boleh menjadi kafir itu menjadi satu kesalahan? Jika rosak itikad akidah, rosak juga amalan dan jelas pengakuan menolak islam dan hukumnya, adakah dia tidak dikira kafir?, melainkan tiadalah seseorang itu ciri-ciri kekafiran. Seolah-olah semua ahli Pas kaki mengkafirkan orang. Kembalilah kepada fakta dan sejarah, surah al-Tawbah menjelaskan gambaran sebenar realiti manusia. Sindiran tuan dr seolah-olah ahli Pas hanya terdiri daripada kalangan orang yang suka mengkafir orang serta jahil dan tidak berilmu. Adakah hanya orang seperti tuan dr dikira sebagai berilmu dan berakademik lantaran memiliki pencapaian tertinggi dalam pendidikan?.
Sebenarnya, jauh dari apa yang tuan dr fikir dan faham. Benarlah ada yang kata tuan dr mungkin belajar dari orang umno atau fikiran sama dengan umno, boleh jadi menimba dari berita tv dan akhbar pro umno, bukan dari ahli Pas sendiri. Ahli Pas pula terdiri daripada berbagai latarbelakang, ada tok-tok guru, ulama-ulama, sarjana-sarjana, ustaz-ustaz, guru-guru, pakar-pakar dan sehingga serendah-rendah tahap pendidikan, tidak semua yang sangat faham dengan perjuang Islam Pas, sekadar ahli Pas, mungkin seperti tuan dr yang kurang faham. Jangan letakkan diri tuan dr berada di kalangan mereka yang suka menyebar fitnah, berhati-hati bila berada dilembah yang curang lagi bercerung. Seseorang itu bergantung atas agama  kawannya, maka lihatlah dengan siapa ia berkawan[Minhaj alQasidin,Ibn Qadamah].
Mengapa orang yang menggelarkan diri mereka sarjana dan intelek, bebas dan bertamaddun, bijak dan pandai hanya mengecam kesalahan Pas yang sedikit daripada menghentam sekeras-kerasnya tindakan umno selama-lamanya membenarkan kemungkaran bermaharaja lela lantaran menyalahkan rakyat yang tidak sedar diri, tetapi bukannya pemimpin umno yang sepatutnya sedar diri.  Jangan mudah tertipu di atas kepuraan mereka membina masjid-masjid, membantu orang susah, membenarkan forum dan pentas agama selagimana mereka itulah orangnya merosakkan agama dengan mencampur adukkan dengan perkara kemungkaran Allah. Sebenarnya tidak jauh bezanya dengan negara kafir barat, ada juga negara barat membenarkan alim agama berceramah asalkan tiada unsur menghentam mereka, Amerika baru saja mengumumkan pembinaan sebuah masjid bernilai jutaan ringgit di pembinaan semula pusat dagangan antarbangsa mereka, samalah di negara kita, sekiranya tuan dr sendiri menghentam umno dengan nada yang serupa, pasti tuan dr akan disekat dan dihalang. Mengapa cerdik pandai itu sendiri tidak turun bersama Pas dan membentuk serta membetulkan Pas dari dalam, kiranya merekalah orangnya yang mengutarakan idea bernas dan mempunyai pandangan yang jauh.    
Di bulan ramadan ini, bebaskan ia daripada anasir-anasir mengeji lantaran rasa sakit hati terhadap pandangan orang lain sehingga tidak secara sedar yang lain makan nangka, yang lain terkena getahnya. Wallahualam.

Senin, 19 Juli 2010

Melayu lebih mulia tanpa Umno

“Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.

Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.

"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.

"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

"Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.

"Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang," katanya.



Minggu, 11 Juli 2010

Dalil Wajib Bermazhab


 Telah Ijma` Ulama (Ahlissunnah wal jamaah) bahawa manusia sekarang ini ( yang kemudian daripada mazahab yang empat ) akan wajib niat taqlid ( mengikut ) mana-mana  daripada mazahab yang empat pada masaalah I`badat, Mua`malat, Munakahat dan Jinayat yang diakui sah .( maliki, hanafi,syafie atau hambali ).

Dalil wajib taqlid ulama` itu ialah Firman Allah Ta`la :-

Maka hendaklah kamu bertanya akan ahli dzikir ( Ulama ) jika kamu tidak mengetahui .

Maka wajib kita niat taqlid akan mana-mana satu daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya . Dan tiada harus lagi tiada sah taqlid akan ulama yang lain daripada yang empat itu kerana kita tiada mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun cara mazahab yang lain itu , kerana mereka tiada mengarang kitab-kitab yang boleh kita berpegang dengan dia.

Tersebut didalam kitab : Tanwir Qulub Ms : 397 :- Maka barang siapa mengerjakan ibadat yang bersalahan Ulama pada sahnya daripada tiada taqlid bagi mazhab yang mengatakan sahnya nescaya wajib diulanginya.(khada`)

Contohnya ;- seperti mengambil wudu` ia basuh sekalian muka serta niatnya dan basuh dua tangan dan sapu sedikit air dikepala dan membasuh muka dan basuh kaki pada hal tidak pernah berniat ikut (taqlid) mazhab Syafie nescaya tidak sah wudu`nya maka tidak sah solatnya juga.

Jika berlaku seperti diatas itu , maka hukumnya samalah macam orang yang tidak menunaikan solat walaupun seratus tahun dia mengerjakan sembahyangnya yang ia buat dalam keadaan tidak berniat taqlid mana-2 mazahab nescaya wajib diulanginya ( kadha ).

Lagi contohnya :-

Seseorang yg taqlid ulama yang empat tetapi tidak diakui oleh mana-mana mazahab yang empat itu (mencampur adukkan ). Seperti :- bernikah dengan tiada wali ia taqlid mazahab hanafi, serta tiada saksi ia taqlid mazhab maliki, maka tidak sah nikahnya ini.

Tidak sah bertaqlid dengan mazhab yang lain daripada yang empat itu , seperti kaum mude yang berkata ;-

bernikah dengan tiada wali dan saksi ia taqlid mazhab Daud Al-Zhohiri. Maka Hukumnya haram lagi tidak sah nikahnya.

Maka mereka yang bertaqlid seperti kaum mude itu sesat lagi menyesatkan kerana menyalahi barang yang sudah ijma` Ulama serta dijanjikan masuk neraka.


Dalil masuk neraka orang yang menyalahi ijma` ulama itu ialah :-

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :-

Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menjadikan ijma` (ulama ) ummat ku atas kesesatan. Dan bermula pertolongan Allah Taala beserta ijma`(ulama) ummatku .
Dan barang siapa yang keluar ia daripada ijma` (ulama ) nescaya menuju ke Neraka.

(H.Riwayat : Imam Turmizi daripada Ibnu Abbas )

Tersebut didalam Kitab Tanwir Qulub Ms : 40 :-

Erti melayunya :-

Dan tiada harus bertaqlid akan yang lain daripada mazhab yang empat setelah terikat Ijma` Ulama diatas mereka itu, kerana bahawasanya segala mazahab yang lain daripada mereka itu tiada karang akan kitab-kitab dan tiada didhobit (dicatat) koedah mereka .

Contohnya :-

Seperti kaum mude dan puak wahabi yang berkata :- Aku bera`mal ikut Al-Quran dan hadis dan mengaku faham isi kandungan (segala hukum) di dalamnya serta tidak mahu bertaqlid ( bermazhab). Maka tiada sah lagi sangat sesat dan menyesatkan orang lain pula.


Harus orang yang bermazhab itu bertaqlid dengan mana-mana daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya .

Seperti :-

Orang yang bermazahab syafie harus ia taqlid mazhab hanafi atau maliki atau hambali pada satu masaalah atau beberapa masaalah , tetapi ada syarat-syaratnya :-

Syarat sah harus taqlid itu 6 perkara :-

  1. Mengetahui ia akan masaalah yang ia hendak taqlid itu adalah yang mu`tabar disisi mazahab yang hendak ditaqlidnya itu.dan mengetahui rukun-rukun dan yg menbatholkan didalam masaalah yg ia hendak taqlid dlm mazahab itu.

  1. Hendaklah taqlid dahulu sebelum jatuh perbuatannya . Maka jangan setelah jatuh perbuatan baru nak niat taqlid mazhab yang lain seperti masaalah : Dia sentuh isterinya maka bathal wudu`nya dlm mazhab syafie tiba-tiba ia hendak taqlid mazahab hanafi supaya tidak bathal wudu`nya . (maka tidak sah)

  1. Tidak memilih yang mana-mana memudahkan baginya seperti :- ia ambil wudu` sapu sedikit daripada kepala ikut mazhab syafie dan sembahyang tidak membaca Bismillah pada imam atau seorang diri, dan ma`mum tidak payah baca fatihah ikut mazhab hanafi . (maka tidak sah)

  1. Imam yang diikutinya mesti sah mujtahidnya . Seperti syafie , hanafi, hambali dan maliki. Maka tidak sah taqlid kepada imam yang tidak sah mujtahidnya seperti :- Ibnu Taimiyyah, Ibnu Kholdun dan Muhammad bin Abd Wahab (wahabi).

  1. Jangan  jadi talfiq pada qodiah (bab) yang satu seperti :- Mengambil wudu` menyapu sedikit daripada kepala mengikut syafie dan dalam hal menyentuh perempuan yang ajnabi tidak bathol wudu` ikut hanafi sedangkan mazahab syafie bathol ia .. maka tidak sah wudu`nya.

  1. Tiada barang yang menjadi bathol hukum qadhi seperti :- Tholak tiga sekali berlafaz tuan qadhi kata boleh ruju` nescaya bathol hukum qadhi kerana menyalahi ijma` sahabat dan tabiin dan ulama yg mujtahidin.


   Dan setengah daripada Hukum qadhi yang jadi bathol ialah seperti dalam masaalah Nikah Muta`ah , nikah dengan tiada wali dan saksi , Tholak tiga (tholak bain) tiada syarat wathi` (setubuh) oleh mahallil  dan lain-2 .


Ruj : Kitab Sullam Al-Sibyan li Syiekh Hj Chik Ibnu Ahmad Al-Qodhi



TIADA KRISIS DALAM PAS


Sepanjang pengamatan saya, tiada apa yang dinama krisis dalam Pas. Hanya perbezaan pendapat yang diatasi melalui tawakkal dalam mesyuarat . Tawakkal dalam mesyuarat ialah berserah kepada AlLah setelah azam kata putus diambil, “....bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, maka setelah azam kata putus di ambil , maka bertawakkalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal” ( surah Ali Imran :159) .  Jauh sekali jika nak disamakan dengan keretakan dalaman Umno, Mca dan Mic. Kata mereka “ tunggu retak terbelah ”. Ini semata-mata rekaan dan permainan media massa pro Umno yang jelas membantu barisan nasional bagi mengalih pandangan masyarakat daripada isu utama seperti isu kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan dibunuh sebelum dicampak ke bawah, masalah pepecahan dalaman Mca dan Mic yang belum ada penghujung, dan tidak terkecuali isu pembentangan bajet 2010 dan masalah pepecahan umno yang tiada berkesudahan. Lalu dicipta satu gambaran kononnya Pas juga tidak terkecuali. Cuba perhatikan, setiap kali barisan nasiaonal berhadapan masalah, setiap kali itulah media massa mencari lubang yang boleh mengharuskan mereka mengucar kacirkan Pas.
Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh Dr Aziz Bari, seolah-olah ada perpecahan serius dalam Pas. Saya menghormati beliau sebagai seorang guru perundangan,tetapi rasa saya ada yang tak kena dengan tulisan beliau hari itu. Oleh kerana ia merupakan hanya pendapat yang datang dari seorang manusia seperti orang lain, bukan nabi atau rasul, maka harus berlaku kesilapan sekalipun beliau mempertahankannya . Tidak salah jika beliau berfikir kembali keharusan tulisan beliau itu yang patut ditarik balik. Masakan nabi juga tersilap, inikan manusia biasa. Tidak bermakna juga beliau tidak tegas. Mengaku salah pada tempatnya melambangkan sifat mulia dan rendah diri yang tinggi. “Wahai orang-orang yang berimam, taatilah kamu akan Allah dan taailah kamu akan Rasul, dan pemimpin yang mentaati Allah dari kalangan kamu [taat kepada pemimpin bukan perkara mutlak] , maka kiranya ada perselisihan pada sesuatu perkara, kembalilah kepada hukum Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah sebaik-baik dan paling baik jalan penyelesaian ”  (surah anNisa’:59) 
Tidak adil rasanya jika pendapat yang diutarakan itu hanya berladaskan kepada kekalahan Pas di Bagan Pinang. Bagaimana dengan kemenangan sebelum ini?. Kata orang “nasib baik Pas kalah, jika menang, siapa yang akan bekerja dengan Pas nanti”. Secara realitinya  Pas patut kalah di Bagan Pinang. Bukan itu saja, faktor calon, Isa Samad anak tempatan dan lebih popular nak dibandingkan dengan calon Pas Zulkefly Mohammad Omar yang bukan anak tempatan lagi tidak popular. Undi pos juga menjadi faktor dan banyak lagi yang akan diketahui nanti setelah postmortem selesai. Saya sangat bersetuju dengan tulisan ustaz Idris Ahmad  mempertahan Pas susulan tulisan Dr Aziz Bari dan tidak bermakna saya membencinya.
Bukan juga sebab Hassan Ali yang tegas mempertahan Islam dalam pengharaman sebilangan kecil arak di Selangor kerana Pas juga mempertahankan kuil hindu di Shah Alam. Ini bermakna yang hak itu hak, yang batil itu batil dan tiada syubhat yang dipertahankan.   
Di sini ingin saya tegaskan bahawa sebenarnya tiada pepecahan yang berlaku dalam Pas. Hanya perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat akan terus berlaku dalam Pas kerana tiada seorangpun nabi daripada kalangan pemimpin mereka dan jauh yang mengaku jadi tuhan. Perlu diingatkan bahawa hanya Allah dan nabi sahaja yang tidak boleh dipertikaikan. Tiada pro umno dan tiada juga pro pakatan. Jauh sekali nak dikaitkan Tuan Guru Hj Hadi dengan pro-Umno dan Tuan Guru Nik Aziz pro-pakatan.   
Memang tiada. Yang ada rasa setuju dan tidak setuju. Bukan hingga sampai tahap yang melingkupkan Pas. Dengan izin Allah, sehingga ke hari ini, Pas satu-satunya parti orang Islam yang bertahan isi padu perpaduan. Bukan orang Islam sahaja, bahkan orang bukan Islam turut memberi sokongan kepada Pas. Prinsip Pas cukup jelas, pemimpin boleh keluar dan pergi, Pas tetap dengan Islamnya. Pas bukan milik Tuan Guru Hj Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi. Mereka berdua hanyalah hamba Allah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab yang ada.   Jangan sekali-kali ahli Pas terpedaya dengan dakyah-dakyah sumbang yang hanya akan merugikan Islam dan parti. Elakkan daripada menulis sesuatu sama ada dalam blog atau akhbar yang boleh menghiru biru keadaan dan semakin tidak kehaluan. Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Jangan sekali-kali jadikan blog sebagai tempat luahan ketidakpuas hati dalam parti. Jika ada, berbicaralah di sekitar kalangan mereka yang patut tahu sahaja. “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasik menyebarkan sesuatu berita, dapatkan kepastian terlebih dahulu, nanti musibah akan menimpa ke atas kaum yang tidak tahu, maka jadikanlah diri mu menyesal di atas perbuatan yang  kamu lakukan” (surah al-Hujurat :6) .   “ Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.....” (surah al-Hujurat : 12). Jika ada musuh dalam selimut sekalipun, ia tidak akan dapat memecah belahkan kekuatan Pas jika ahli Pas terus bersatu di bawah payung para ulama dan orang-orang yang soleh.

Senin, 05 Juli 2010

Menang, Pemimpin dan Pengikut Bertanggungjawab

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada.

Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,



A. Muraqabah dengan Allah SWT



Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Caranya:



-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.



-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA

Bermaksud

“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”



B. Qudwah hasanah



Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.



Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.



Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.



Firman Allah SWT

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)



Caranya:

-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang



-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka



-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.



-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat

-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.



-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah



-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.

DIPETIK DARI :ww w..idrisahmad. wordpress. com



Tauliah Dan Kelayakkan Agama, Dua Perkara Yang Sama


Tak putus-putus, bertali arus. Seperti dirancang, tapi tak perlulah kita buat andaian dan pesepsi rambang yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya.   Kata Dr Abu Hassan, mereka yang tolak persepsi adalah primitif. Saya kurang setuju. Surah alhujurat ayat 6 ada menegaskan, setiap berita mesti dipastikan kebenaran sebelum mempercayai atau menolak.
Sebenarnya isu berkenaan tauliah di Selangor ni dah lama. Saya sendiripun tak pernah ada tauliah. Hanya diambil maklumat dan latarbelakang pendidikan.  Kemudiannya tak pernah dipanggil temuduga atau diambil apa-apa tindakan. Dah 11 tahun mengajar di masjid dan surau di Selangor. Setakat yang saya tahu ia dibekukan, tapi  ada juga yang dapat. Tak tahu yang mana satu betul.
Semenjak Pakatan mengambil alih tampok Kerajaan Selangor, di bawah Dato HJ Hassan Ali, tauliah mula dibuka balik. Namun saya masih belum memohon tauliah sekalipun diminta berbuat demikain. Tidak bermakna saya tak suka, borangnya dah  ambil beberapakali, tapi masalahnya tak juga hantar.  
Saya percaya, usaha bersungguh-sungguh kerajaan negeri memastikan setiap penceramah supaya ada tauliah, bertujuan bagi memudahkan ‘ustaz-ustaz’ berceramah di masjid atau surau tanpa ada sekatan atau halangan di masa-masa akan datang.   Namun perlu diingatkan bahawa mungkin senjata ini akan termakan diri sendiri kerana tidak mustahil jika Umno mengambil alih semula kerajaan Selangor, tindakan sebaliknya akan diambil. Ditarik balik tauliah dan diharamkan terus. Siapa yang tak tahu tindakan Umno bersifat revenge and no humanitarian.
Di zaman Umno dulu, sekalipun mereka ambil kisah, tapi tak semua diambil tindakan. Mereka takut-takut juga nak ambil tindakan. Malah ‘ustaz-ustaz ’ terus bebas. Hanya segelintir saja yang ‘kena’. Itu kerana ada ‘ustaz’ yang hentam Jais.
Bagi saya, tauliah dan kelayakkan adalah dua perkara yang sama. Mana-mana ustaz yang sudah mempunyai kelayakkan seperti mengajar di universiti, dikolej, sekalipun disekolah, mereka sebenarnya dah ada tauliah. Kelayakkan yang mereka ada itu sudah dikira tauliah. Universiti, kolej dan sekolah telah mengiktiraf dan memberi tauliah kepada mereka. Mereka sudah ditemuduga oleh mereka dari kalangan ahli profesional.  Memadai diambil latarbelakang sebagai rekod di jabatan. Sekurang-kurangnya ada maklumat pengajar bagi memudahkan tindakan susulan jika ada aduan dan sebagainya. Tauliah sudah menjadi senjata politik.   Malah tauliah bukannya menjadi isu pokok. Isunya ialah kelayakkan yang ada pada seseorang guru agama. Di zaman Umno, ia diberi sewenang-wenangnya. Bukan diambil kira sangat layak atau tidak layak. Ada yang tak layakpun, diberi tauliah. Malah sesetengah temuduga ditanya Umno dan tidak Umno.
Sepatutnya tauliah hanya diwajibkan kepada mereka yang tiada kelayakkan khusus seperti mereka yang  belajar di pondok-pondok termasuklah di Selatan Thai, Indonesia, dan Malaysia. Begitu juga ada mereka yang belajar di Makkah, Mesir,India,Pakistan dan tempat-tempat lain yang tiada sijil. Hanya belajar secara persendirian. Termasuk juga nak jadi penceramah bebas.  Mereka banyak ilmu, tapi sijil aje yang tak ada. Maka bagaimana harus mereka mengajar sedangkan tiada bukti yang menyatakan tahap keilmuan mereka melainkan perlu mereka itu ditemuduga dan diberi tauliyah. Bagi mereka yang dah ada sijil terutama dari universiti –universiti terkemuka dan sudah ada tempat mengajar dan kerja yang diiktiraf, tak perlulah ditauliah lagi.
Pernah satu ketika, tahun 2000, saya disoal siasat polis, masa bertugas sebagai pegawai di salah sebuah masjid di USJ. Antara soalan yang ditanya ketika itu ialah siapa yang benarkan Hassan Ali memberi ceramah di masjid sedangkan tak ada tauliah. Sebenarnya masa tu, Hassan Ali baru masuk politik. Saya jawab dalam bertahan, perlukah ada tauliah Hassan Ali dan rakan-rakan yang lain yang mengajar di universiti bertaraf profesional dan di mana-mana permis yang diiktiraf kerajaan , malah beliau hanya memberi ceramah motivasi dan bukan agama?.  Jawap ketua mereka, itu bukan menjadi persoalan, persoalannya ialah itu adalah undang-undang Jais dan ia berlaku di masjid. Jika zaman 'kerajaan Selangor dulu ' mempergunakan tauliah sebagai senjata untuk menyekat  menyampaikan  ilmu agama, maka mengapa di zaman 'kerajaan Selangor sekarang' dengan alasan yang sama untuk menghalang seseorang menyampaikan agama. Jika ada sesuatu yang tak kena, tiada lagikah cara yang lebih sesuai?.
Seperti kes Dr Asri, kebanyakakan masyarakat kenal beliau. Saya bukan peminatnya, tetapi ada juga jarang-jarang mengikuti kuliah yang di sampaikan oleh beliau terutama di Oasis, termasuk juga tulisannya di akhbar-akhbar. Sepanjang pengamatan saya, saya dapati pendapatnya disusuli dengan dalil dan nas sekalipun agak tegas dan baru. Kadang-kadang rasa juga tidak bersetuju dengan pendapatnya. Kadang-kadang agak tidak sesuai dengan realiti masyarakat Malaysia. Namun tidak bermakna beliau salah. Pernah satu ketika saya bertanya dengan salah seorang pengajar di Akademi Islam UM, tentang amalan masyarakat Islam Malaysia. Katanya susah nak diperbetulkan, dah jadi darah daging mereka. Fahamlah saya, kita perlu berhikmah.
Saya tidak bermaksud mempertahankan Dr Asri kerana saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan beliau tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menolak pendapat yang disusuli dengan dalil dan nas. Ramai juga rakan-rakan Jordan yang mengenali beliau mempertahankan beliau. Sekurang-kurang kita tidak menangkap orang agama tanpa usul periksa atau bertanya secara sopan dan beradab. Siapa yang akan berhujjah dengan beliau nanti di mahkamah jika alasannya sekadar tiada tauliah, melainkan beliau ajak masyarakat buat haji di rumah beliau dan mengajar akidah yang salah.
Kita seringkali memperkatakan tentang ahli sunnah wal jamaah. Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah?. Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah?. Sebenarnya mana-mana golongan yang beramal dengan al-Quran dan hadis nabi s.a.w dan ijtima ulama termasuk kias, adalah dari kalangan ahli sunnha wal jamaah kerana nabi s.a.w tidak pernah menamakan mana-mana golongan pun . Sama ada dari golongan Asyairah, Wahabi maupun Syiah. Kita tahu Imam Syafie adalah mazhab dalam amalan feqah, tetapi adakah kita tahu ikutan kita dalam mazhab akidah. Kita adalah pengikut Abu Musa Asyaari atau dikenali dengan Asyairah. Ada sedikit perbezaan antara kita Asyairah, Wahabi dan ada juga dari kalangan mazhab Syiah, yang hampir sama dengan kita Asyairah.  Yang menjadi perbalahan masyarakat hari ini ialah tentang amalan cabangan feqah. Bila mereka dapati perbezaan itu, lalu mereka terus membuat kesimpulan sesat.  Sedangkan perbezaan amalan cabangan feqah, ia tidak menjadi satu kesalahan, yang boleh sesat jika perbezaan akidah.  Namun bagi mereka yang merasakan cara mereka agak berbeza, jangan terlalu ghairah kerana banyak masyarakat yang belum faham. Gunakan kaedah yang lebih mendidik dan tidak terlalu terdedah kepada masyaraakat umum.  
Persoalannya sekarang ialah adakah di semua permis termasuk di rumah sekalipun perlu ada tauliah. Jika begitu maksudnya, bermakna sesiapa sahaja yang ingin mengajar di Selangor sekalipun di universiti, kolej dan sekolah yang dikira dalam Selangor terlebih dahulu perlu ditemuduga Jais dan selepas mendapat tauliah barulah mereka boleh memulakan tugas sebagai tenaga pengajar.       
Maka Jais dan pihak yang bertanggungjawab perlu menyemak semula maksud dan pengertian ‘tauliah’ supaya ia tidak menjadi salah faham dan disalah ertikan. Sejauh manakah keperluan tauliah?. Siapakah yang perlu mendapat tauliah?. Semua itu perlu diselesaikan seberapa segera agar senjata tidak memakan diri. Bukan Pas sahaja perlu kepada seminar membincang hala tujunya, Jais perlu juga kepada seminar bagi membincangkan hala tuju mereka.